Saturday, May 27, 2006

Hari Ini Dalam Sejarah - RHCE

Alhamdulillah :)
http://www.redhat.com/training/certification/verify/?rhce_cert_display:certno=804006728020597&rhce_cert_display:verify_cb=Verify

Al-kisah:
Suatu ketika dahulu, pada awal bulan Mei 2002 (Hmmm, masa aku Gamma level kat MMU), aku buka 1 topik di ITTutor untuk berbincang pasal RHCE. Hanya selepas 4 tahun nampaknya baru aku berjaya merealisasikan impian tersebut. Fuhh.....Minggu nie aku mengikuti kursus RH300 di Training Choice - 4 hari RHCE Rapid Track Course + 1 hari RHCE Lab Exam. Di sini aku nak kongsi beberapa pengalaman & tips (rahsia kejayaan eh) untuk dijadikan teladan bersama:

Apa soalan dia eh?
Sorry lah, aku tak boleh bagitau. Dah sign non-disclosure agreement maaa!

Baca & fahamkan FAQ
Dapatkan FAQ tentang RHCE di http://www.redhat.com/training/rhce/rhce_faq.html

Jangan jadi bodoh sombong
Kalau rasa tak tau, bertanyalah kepada RHCI (Red Hat Certified Instructor). Jangan malu nak bertanya, anda tak rugi apa-apa pun dengan bertanya. Berinteraksilah sebaik mungkin dengan RHCI anda. Syukur kerana Mr. Kelvin Lai (RHCI aku) adalah seorang yang amat peramah, cool & suka berkongsi ilmu.

Masuklah kelas RHCE Rapid Track Course
Ya, saya tahu anda sangat 1337 (apa kejadahnya satu-tiga-tiga-tujuh nie, mengada btol). Anda adalah pengguna GNU/Linux yg sejati lagi tersohor, banyak distro anda dah guna (tak mainlah yang senang-senang, of course lah Debian/Gentoo/Slackware). Sesungguhnya RHCE exam adalah berkisar kepada RHEL, dan fokusnya hanyalah pada RHEL. Anda pasti ketemu pengalaman baru dengan memasuki kelas tersebut. Sebelum nie aku rasa macam dah cukup mahir guna RHEL, tetapi rupa-rupanya ia dusta semata-mata. Kelas nie melengkapkan aku dengan pengalaman/masalah yang aku tak pernah jumpa sebelum nie, juga betul-betul mempersiapkan aku untuk RHCE exam.

Apa yang perlu prepare?
Hmmm, korang baca & fahamkan: http://www.redhat.com/training/rhce/examprep.html Anda memilih jalan yang selamat & bijak dengan menuruti segala tips yg disediakan oleh Red Hat. Ok, aku mengaku yang hari-hari (sepanjang masa, siang & malam) aku baca tips tu. Well, I'm succeed :)

Aku nak cram/braindump ajelah, ok tak?
Hah, jangan sesekali nak cram/braindump. Ko engat ini exam yg ada MCQ ke? RHCE exam adalah hands-on & practical, takde gunanya kalau sekadar cram/braindump. Nak buat macam tuh boleh, tapi perlulah disertakan sekali dengan praktikalnya. Anda takkan berjaya kalau sekadar mengingati fakta berkaitan RHEL.

Apa buku yg seeloknya aku guna utk study?
Secara jujurnya, aku tak gunakan mana-mana buku pun :) Aku cuma baca & pelajari dokumentasi RHEL, kemudian praktikan. Di samping tu, handout yg diberikan semasa kelas RHCE Rapid Track Course amatlah berguna :D

Practice Makes Perfect
Memandangkan RHCE exam nie adalah hands-on & praktikal, maka adalah amat baik jika perbanyakkan menggunakan RHEL di dalam kehidupan. Cubalah setup apa-apa server/application yg menggunakan RHEL. Aku sendiri guna RHEL untuk kegunaan desktop/workstation aku. Kiranya "feel" tuh adalah dalam jiwa aku, hehe. Apa benda aku mengarut nie, damn it.

Saya berkerja sebagai System Engineer/Administrator yang banyak menggunakan RHEL, apa prospek saya?
Hmmm, kalau anda berkerja sebagai System Engineer/Administrator yang memang bergelumang dalam RHEL, prospek untuk berjaya amatlah tinggi. Kenapa aku cakap camtu? - sebab aku sendiri kerja hari-hari play around dgn RHEL untuk setup webserver, mail server, cluster etc. So, bila masuk kelas RHCE Rapid Track course aku takderlah terkejut sangat. Masa exam pun aku cuba bayangkan aku berada di client site tengah toubleshoot/install/configure RHEL :)

Perlu ke tahap 1337 untuk dapatkan RHCE?
Nope, never. Aku tak 1337 (damn it, satu-tiga-tiga-tujuh lagi) pun tapi pass jugak :) Yang penting, usaha bersungguh-sungguh. Usaha tangga kejayaan :)

Belajar daripada pengalaman orang lain
http://forums.ittutor.net/index.php?showtopic=2016
http://business.newsforge.com/business/04/04/01/182206.shtml?tid=94

Solat Jumaat
Memandangkan hari exam jatuh pada hari Jumaat, maka sedikit perancangan perlu dibuat. Pertama sekali, beritahu RHCX (Red Hat Certified Examiner) atau pihak Training Choice yang anda perlu mendirikan solat & paling awal boleh mulakan exam pada jam 2.30PM. Kat mana nak solat eh? Masjid yang paling dekat dengan Training Choice dah tentulah Masjid KLCC. Lepas selesai solat, aku sampai ke Training-Choice pada jam 2.15PM. Kiranya masa yang aku ada sebelum 2nd section just fine lah.

Acknowledgement:
  • Pihak pengurusan syarikat yg sudi menaja aku
  • Training Choice - breakfast + tea break boleh tahan menunya. Nasi goreng + sambal tu memang kaww baik punya. Nescafe & nestum kat pantry dah jadi makanan harian aku untuk 5 hari nie :D Bab makan, memang world class Training Choice nie :)
  • Kelvin Lai - RHCI/RHCX yang banyak membantu & tak lokek ilmu
  • Mak & abah - of course, kerana ambil berat & restu
  • Anis Husna - yg banyak memberi dorongan, tolong kejut, tolong doakan kejayaan & juga yg mula-mula tengok official result aku
  • Azri, Chan, Indra, Redzwan - rakan seperjuangan semasa training & exam. Nice to see you guys :)

7 Comments:

Blogger mnajem said...

tahniah!

Saturday, May 27, 2006 9:11:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

tahniah. pergh... macam terima award seri angkasa da :)

apa silibus lani?

Saturday, May 27, 2006 10:05:00 AM  
Anonymous planet malaysia said...

congratulation :)

Saturday, May 27, 2006 2:40:00 PM  
Anonymous kenmin said...

congratulation/tahniah !!!

Tuesday, May 30, 2006 7:04:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

tahiah brader..

h.tuah

Sunday, June 04, 2006 3:55:00 AM  
Blogger Rezal said...

Tahniah bro.. sorry lambat.. wish..

masih kenal aku lagi..? bila nak jumpa lagi.. kat linuxworld dgn zam..?

Thursday, July 20, 2006 11:46:00 AM  
Blogger SysAdmin said...

Rezal,
Late is always better than never :) Rezdrake kan? Aku aktif lagi kat ITTutor, rajin-rajinkanlah melepak di sana.

Wednesday, July 26, 2006 10:49:00 PM  

Post a Comment

<< Home