Monday, March 06, 2006

CodeFest 2006

Alhamdulillah, selesai sudah CodeFest 2006. Memang banyak pengalaman yg tak ternilai dah aku dapat sepanjang CodeFest nie berlangsung; lebih banyak pengetahuan, lebih banyak kawan & tak lupa terlebih makan :D

Apa pun, ribuan terima kasih kepada Mnajem yg telah "memaksa" aku masuk event nie. Walaupun terpaksa korbankan waktu rehat weekend aku, namun ianya jauh lebih berbaloi daripada melepak tak tentu arah kat rumah tu. Utk event nie, aku ditugaskan untuk membantu translation KDE project, yakni projek Kedidi Emas. Ada beberapa file PO (aku pun tak reti nak describe) yang perlu dihabiskan terjemahannya.

Team kitorang terdiri daripada:
  1. Mnajem (penterjemah kelas pertama merangkap penterjemah tersohor)
  2. Sharuzzaman (penterjemah kelas pertama merangkap penterjemah tersohor)
  3. Arafat (penterjemah kelas kedua bawah)
  4. Irwan (penterjemah kelas ketiga).
Untuk penerangan lain, rujuk ke sini:
http://projects.asiaosc.org/index.php/Malay_LiveCD

Antara hasil yg aku dapat daripada CodeFest:
  • Belajar macam mana buat translation menggunakan KBabel. Thanks to Sharuzzaman & Mnajem yg bnyk membantu/mengajar aku. Sekarang barulah aku tahu yg kerja-kerja trabslation nie bukanlah suatu yg susah sebaliknya agak membosankan, haha.
  • Belajar macam mana CVS works
  • Dapat berkumpul dgn geng-geng MyPenguin99/ITTutor seperti Mnajem, Sharuzzaman, Arafat & Shakir
  • Terjumpa (actually mmg teringin jumpa lebih awal coz aku "berhutang" dgn dia) dgn org yg membantu aku secara tidak langsung dlm lulus LPIC-1 - kenmin (Ang Kian Ming). Mamat nie boleh tahan lawaknya; lepas dia tau aku nie PenjejakNeraka (expired nick), terus dia claim teh tarik dia, hehe. Nice to see you man, nanti aku datang lah meetup :D
  • Dapat jumpa geng-geng baru such as Zaloi, Joey, Adli, Mahmud etc (banyak sgt la). Pastu jumpa lagi dgn En. Hamid UiTM - brader nie bila time ada event je mesti bawak student dia. Respeklah sama dia nie :)
  • Dapat berkenalan dengan developer dari negara luar such Jepun, Korea, Palestin etc.

Antara gambar-gambar semasa CodeFest (in case ada yg nak gambar, sila contact aku):




4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Haha, nice to meet you too ipvsadm(Irwan).
Can't wait to see you at the next myoss meetup (not forgetting ahem..teh tarik).

Monday, March 06, 2006 10:41:00 PM  
Blogger Irwan said...

kenmin,
Tarak hal punya, 2 gelas pun xpe :D

shakir,
Anytime bro, just give me a call & come to KL, hehe.

Thursday, March 09, 2006 9:36:00 AM  
Blogger Unknown said...

Nice to meet you all of you the other day at codefest.

Thursday, March 09, 2006 12:11:00 PM  
Blogger 0xff said...

nice to have you in my team :-)
keep yourself localized ;-)

Thursday, March 09, 2006 9:20:00 PM  

Post a Comment

<< Home